Tuesday, September 18, 2012

CINTA DI ALAM MAYA

HARGAI AKU , SEORANG PENCINTA






Hanya dirimu yang ku cinta

Takkan membuat aku jatuh cinta lagi
Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku


Walau ku tahu kau tak sempurna

Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku


Walau ku tahu kau takkan sempurna

Takkan membuat aku jauh darimu
Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku

Tuhan jagakan dia

Dia kekasihku ’kan tetap milikku
Aku sungguh sungguh mencintai
Sungguh menyayangi setulus hatiku.

Sunday, September 9, 2012

Bukti Cinta Sejati


Bukti Cinta Sejati

Rahsia Sistem Diet Kamikaze
Apakah yang dimaksudkan sebagai bukti cinta sejati? Adakah anda tahu apakah maksudnya? Jom ikuti kami membaca artikel di bawah ini sebagai pengajaran dan pedoman buat kita semua.
Ada sorang lelaki buta. Semua orang bencikan dia, kecuali kekasihnya. Lelaki itu selalu berkata, “Saya akan mengahwini awak di saat saya boleh melihat.” Suatu hari, ada orang dermakan mata kepada lelaki itu. Akhirnya dapat juga lelaki itu melihat. Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, bila dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut kerana kekasihnya juga buta.
Kekasihnya bertanya, “Sudikah awak berkahwin dengan saya sekarang?” Tanpa sebarang alasan, lelaki itu menolak. Kekasihnya tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”
Hurm…apa pendapat anda selepas membaca artikel di atas? Adakah anda setuju apa yang kekasih dia lakukan itu merupakan contoh terbaik sebagai bukti cinta sejati?

Tuesday, September 4, 2012

18 PERKARA PENTING :)



Pada minggu lepas, kami ada bertanyakan soalan kepada peminat Tentang Cinta di Facebook.
Dan soalannya berbunyi begini,
Apakah yang perempuan inginkan dari seorang lelaki? Adakah duit, kasih sayang, perasaan, memahami, atau lain-lain? Kongsikan bersama kami di sini supaya orang lelaki faham apa yang sebenarnya perempuan inginkan dari mereka. -link
Tujuan kami bertanyakan soalan tersebut adalah untuk membantu anda (lelaki khususnya) dalam mengetahui apakah perkara yang diinginkan oleh perempuan dari seorang lelaki. Setelah dikumpul dan disaring komen-komen yang diberikan oleh peminat-peminat Tentang Cinta kami yang tersayang (sayang la sangat) :-P berikut merupakan 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan yang telah kami susun mengikut abjad.
1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati.
8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.
9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.
17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.
Jadi…itulah dia 18 perkara yang diinginkan oleh perempuan dari lelaki. Adakah anda mempunyai kelapan-lapan belas perkara ini? Jika ada, bagus dan tahniah kami ucapkan.
Tetapi jika tidak, cuba perbaiki diri anda dan berikan apa yang mereka mahukan dari anda. Mudah-mudahan kebaikan dan usaha yang anda lakukan kepada dirinya akan dapat mememlihara perhubungan anda berdua.
Walau apapun, kami ingin mengucapkan semoga anda berdua bahagia selama-lamanya… Amin… :)

Sunday, January 1, 2012

masih lagi pasal cinta :)

Ramuan cinta abadi :) HAHA XD


TIGA ulas rasa suka :)


SATU botol hati gembira:)


SATU biji rendah diri :)


DUA cawan tolak ansur:).

LIMA keping kehormatan :)

TIGA batang tanggungjawab:)

SATU cubit rindu :)

SEPULUH guni kejujuran :)

' karipap karipap cinta ' weewee :).

Saturday, December 31, 2011

L O V E



Korang mesti pernah lalui pengalaman bercinta ;

 cinta ni sebenarnya satu perasaan yang wujud antara seseorang yang minat kat dekat pasangan dia. pelbagai aspek cinta kita boleh tgk.. mcm aku. aku pernahlah suka kat seseorang nih.. HAHA, dia memang cun beb.. kalah Lisa surihani.. haha.. okay2. sekarang ni aku nak share sikit pasal cinta .pada pendapat aku dan berdasarkan analisa yang aku dah buat daripada beberapa buah buku cinta, sebenarnya cinta nih adalah perasaan tertarik. tu je.. Basic nya, cinta nih perasaan :

PERASAAN -------> SAYANG --------> CINTA 

that's it.. mula-mula, usha dulu secret admire korang , but then , bila dah start suka dia, korang akan try untuk pastikan yang that person akan jadi milik korang .. 



macam mana korang nak bagitahu? :

macam nih jelah.. boleh contact dia melalui fb ke? kan senang , just IM je, then cakap lah yang korang suka dia,. apo susah?

kalau diorang tak respond positive :

jangan terlalu rush sangat.. korang kene kenal dulu antara satu sama lain.. nanti bilah dah lama kenal,boleh lah minta hp number or skyping ngan mereka . pastu baru lah DECLARE!



Pada yang dah couple :

 jagalah pasangan betul-betul

jangan asyik nak jealous

mesti percaya antara satu sama lain

jangan usha awek/boy lain

tolerate sikit gf/bf

SAYANGI ANTARA KAMU

GOOD LUCK AND HOPE YOU ALL HAPPY WITH YOUR COUPLE